Kamis, 20 Desember 2007

Tolong Dibaca




Pengenalan

Malaysia telah dikejutkan dengan banjir besar yang melanda Kota Tinggi, Johor pada Disember 2006. Ia melibatkan 100,000 mangsa dipindahkan dan kerajaan telah memperuntukkan RM 500 juta bagi pemulihan segala insfrastruktur yang telah rusak.

Dalam pada itu, beberapa buah bandar dinegara ini mungkin akan menjadi kawasan berair dalam tempo 50 tahun lagi berikutan berada dibawah paras laut yaitu Klang, Miri dan Pekan.


Puncak Pemanasan Global

Pemanasan Global didorong/mangkin oleh “aktiviti manusia” yang rakus. Pemanasan yang berterusan ini telah mencairkan bongkah-bongkah es dikawasan kutub pada setiap hari dan mengakibatkan peningkatan air laut diseluruh dunia. Adalah tidak mustahil jika beberapa bandar, negara dan pulau didunia bakal tengelam selamanya jika air laut terus meningkat.

Selain itu

, pemanasan global juga menyebabkan fenomena lain seperti kemarau, hujan lebat, angina topan, banjir dan ombak besar berlaku dibeberapa bagian bumi.

Menurut Ahli Kaji Iklim (Climatologist), menyatakan pemanasan global bermula sejak 1800-an lagi. Manusia merupakan penyebab utama pemanasan global melalui aktiviti yang menghasilkan gas rumah hijau (greenhouse gases). Kesan rumah hijau ini memerlukan proses yang kompleks yang membabitkan cahaya matahari, gas, dan partikel di atmosfera. Gas tersebut akan memerangkap haba diatmosfera yang dikenali sebagai gas rumah hijau.






Aktiviti utama manusia adalah seperti:

a) Pembakaran bahan api fosil (arang batu, minyak dan gas asli)

Pembakaran kebanyakannya dilakukan oleh kendaraan, kilang dan loji jana kuasa elektrik. Bahan api fosil membebaskan karbon dioksida (CO2) yang merupakan gas rumah hijau yang akan memperlahankan pembebasan haba ke atmosfera.

b) Pembersihan hutan dan tanah

Tumbuhan akan menggunakan CO2 untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. Aktiviti pembersihan hutan dan kawasan tanah secara berleluasa akan menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau. Hal ini berlaku kerana semakin kurang tumbuhan yang menggunakan CO2 untuk proses fotosintesis. Jika masalah ini terus berlaku tanpa kawalan pihak berkuasa ia akan memburukan lagi keadaan semasa.

c) Proses semula jadi yaitu tenaga matahari yang berlebihan diterima oleh bumi.

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada dekad 1990-an suhu bumi sudah mula meningkat. Pada tahun 2004 dan 2005 merupakan tahun yang paling panas sejak suhu bumi dicatatkan pada tahun1861.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika Syarikat (AS) merupakan pengeluar gas CO2 terbesar dunia (6.0005 bilion tan), China (5.017 bilion tan) dan Indonesia (3.014 bilion tan).

Kesan Pemanasan Global

Hasil pemanasan global ini telah memberi kesan secara langsung kepada bumi dan hidupannya. Sebelum ini, kita ketahui bahawa negara seperti Afrika merupakan kawasan yang sebahagian besarnya diliputi kawasan gurun yang panas. Namun, baru-baru ini ia menerima kehadiran salji pada tahun 2006 (pertama sejak 25 tahun). Manakala Perancis mengalami panas melampau yang telah mengorbankan 29 penduduknya pada 2006.

Sejak 100 tahun lalu, suhu atmosfera meningkat 1.1 farenheit (0.6 darjah celcius) manakala air laut naik sebanyak 10 sentimeter. Laporan PBB menyatakan pada tahun 2085,



diangkakan 25-40 peratus spesis flora dan fauna akan pupus atau kehilangan habitat akibat pemanasan global.

Kesan Pemanasan Global menurut NASA

Pemanasan global akan mengancam tumbuhan dan hewan. Ia juga akan memaksa hewan dan tumbuhan didarat untuk berpindah ke habitat baru. Kesan pencairan bongkah-bongkah es dikutub yang telah menghasilkan fenomena peningkatan paras laut dan perubahan ini juga mengancam produktiviti dan tuaian hasil pertanian.

a) Ancaman Hidupan Laut

Pemanasan global menyebabkan air laut menjadi panas dan meningkatkan tekanan kepada ekosistem laut seperti terumbu karang. Peningkatan kepanasan juga membantu proses penyebaran penyakit yang akan mengancam hidupan laut.

b) Perubahan Habitat

Perubahan cuaca sama ada dari panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan hidupan dibumi akan berpindah ke habitat atau lokasi baru.

c) Kerosakan Cuaca

Keadaan suhu yang ekstem dan kerap akan membawa kemusnahan. Perubahan bentuk taburan hujan akan merubah sama ada menyebabkan banjir atau kemarau. Taufan dan ribut tropika juga akan berlaku hasil perubahan cuaca dan suhu yang tidak konsisten.

d) Peningkatan Paras Laut

Suhu panas yang berterusan akan memecahkan bongkah-bongkah ais di Barat Artatika dan membawa kepada peningkatan suhu dan air laut. Kawasan pantai akan mengalami banjir, hakisan, kehilangan tanah lembab dan kemasukan air masin ke kawasan tadahan air tawar yang boleh mengancam bekalan air bersih.

e) Ancaman Kesehatan Manusia

Penyakit tropika seperti malaria dan denggi akan menular dengan mudah. Selain itu, katarak mata dan kanker kulit akan berlaku jika perubahan gelombang panas yang ekstrem dan untuk jangka panjang akan menyebabkan kematian, kelaparan dan kekurangan zat makanan.

f) Perubahan Tuaian Makanan

Setengah kawasan dunia akan mengalami perubahan hasil tuaian pertanian sama ada meningkat atau sebaliknya. Rusia dikatakan akan memperoleh hasil pertanian yang lebih baik.


Tindakan Mengatasi Pemanasan Global

Perjanjian Kyoto yang ditandatangani di Kyoto, Jepang pada 1997 perlu dilaksanakan dengan lebih serius, cekap dan berkesan.

Lebih dari 160 negara yang terlibat dengan perjanjian tersebut yang menekankan kepada pengurangan pembebasan gas rumah hijau. Daripada jumlah itu, 38 buah negara industri perlu mengurangi pengeluaran CO2 dan gas rumah hijau yang lain.

Pelarangan tersebut bermula pada 2008 hingga 2012. Setiap negara mempunyai sasaran pengeluaran CO2 yang berbeda. Namun, perjanjian ini tidak menyatakan pelarangan kepada negara membangun. Ia juga mengalakkan kerjasama dari semua negara membangun dalam usaha untuk mengurangi pembebasan CO2 secara sukarela.

Pada 2001, AS telah menolak usul Protokol Kyoto dengan alasan bahawa ia akan mengancam ekonomi AS. Tindakan AS ini merupakan tindakan yang menunjukkan bahwa Presiden Bush mementingkan diri dan kepentingan kapitalis mereka berbanding usaha untuk menyelamatkan bumi. Umum sudah tahu bahwa As penyumbang terbesar CO2 dan gas rumah hijau yang lain (melebihi 6 bilion tan).

Adalah tidak wajar AS menolak terus Protokol Kyoto. Adalah lebih baik ia dikaji dan menunjukan sedikit sikap tolak ansur dalam mengatasi isu global yang membabitkan alam sekitar. Wal hal, jika isu berkaitan penjajahan dan peperangan AS hanya mengikuti saja apa yang dikatakan oleh sekutunya tanpa memikirkan kesan jangka panjang keputusan tersebut. Ini menunjukkan bahawa isu pemanasan global bukan sebahagian dari program yang tercatat dalam kalendar George Bush. Mungkin kalendar tersebut sudah penuh dengan catatan perang dan strategi yang bertimbun-timbun helaiannya.

Namun begitu, AS dalam usaha menenangkan pihak lain. Ia telah menyatakan sokongan untuk menangani masalah pemanasan global dengan mana-mana negara didunia.


Ahli kaji Iklim sedang berusaha untuk mengatasi masalah pemanasan global ini yaitu

a) Mengadakan pembebasan CO2



i. Mengantikan bahan api fosil dengan sumber tenaga yang tidak menghasilkan CO2.

ii. Menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap. Bahan api yang tidak mengeluarkan CO2 termasuk angin, cahaya matahari, dan stim (wap) bawah tanah.

b) Mengecilkan CO2 Menghalang CO2 dari memasuki ruang atmosfera atau membuang CO2 yang sudah berada disitu.

i.Penyimpanan bawah air atau bawah tanah.Penyimpanan dalam air atau bawah tanah membabitkan penyuntikan CO2 ke dalam formasi geologik bawah tanah atau lautan. Laut mampu untuk menyimpan lebih banyak CO2 namun ia masih lagi dalam kajian supaya ia tidak mendatangkan kesan negatif terhadap persekitaran ekosistem laut.

ii.Penyimpanan dalam tumbuhan hidup.Tumbuhan hijau mampu menyerap CO2 dari atmosfera apabila ia membesar. Ia mengabungkan karbon dari CO2 dengan hydrogen untuk menghasilkan gula yang disimpan didalam tumbuhan tersebut. Tumbuhan yang mati akan membebaskan CO2. Oleh itu, penebangan hutan dan tumbuhan yang mati secara langsung akan membebaskan CO2 dari tumbuhan tersebut dan kekurangan tumbuhan baru yang hidup akan menyebabkan pertambahan CO2 di ruang atmosfera bumi.

Kesimpulan

Setelah kita menyaksikan berbagai fenomena dan insiden yang berlaku kebelakangan ini, kita patut sedar bahwa bumi yang kita duduki ini sudah menjangkau usia tuanya dan ia perlu diperlihara dan dijaga supaya dapat terus hidup untuk membolehkan segala kehidupan diatasnya bernyawa.

Namun, segala harapan dan usaha yang diperjuangkan tidak menanpakkan sokongan yang kuat oleh sebahagian besar penghuni bumi. Mereka lebih mementingkan kehidupan materialistik dan keuntungan kapitalis bagi menjamin kelangsungan untuk hidup mewah. Adakah mereka dapat kita dapat terus hidup dengan senang jika asas atau habitat kita sendiri dalam keadaan goyah. Kita kini seperti ”tikus dan labu” yang akhirnya memakan diri sendiri.

Walaupun begitu, sokongan tetap diberikan kepada pertubuhan seperti Greenpeace Organisation yang begitu komited dan bersemangat untuk memperjuangkan isu pemanasan global ini diseluruh dunia. Pekara ini sepatutnya dipandang mulia dan perlu diberi perhatian oleh mana-mana pihak yaitu kerajaan, badan berkanun, pertubuhan NGO dan individu yang mau terus hidup diatas bumi yang kita cintai ini






di sunting dan di edit oleh : machintos_ox@yahoo.co.id

Tidak ada komentar: